AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Friday, 30 September 2011

BOT SAYONG : Penyambung dua daratan




Sebelum terbinanya Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah merentangi Sungai Perak, penduduk Kampung Sayong dan sekitarnya menggunakan perkhidmatan Bot Tambang untuk seberang ke Bandar Kuala Kangsar.

Bagi yang memandu kereta, mereka terpaksa menggunakan Jambatan Iskandariah di Kampung Kota Lama iaitu jarak lebih kurang 6km dari Bandar Kuala Kangsar.





Tambangnya murah ajer.. Kalau tak salah saya, Rm0.60 untuk dewasa. Kanak - kanak separuh harga. Motosikal Rm1.00. 

Harga mungkin berubah mengikut pengedaran zaman. Masa saya kecil dulu rasanya tambang dewasa baru Rmo.20. Murah bebeno. Tapi sesuai ler sebab harga minyak masa tu pon baru berapa sen sangat.






Suasana di Jeti Bot Sayong ( sebelah Pekan Kuala Kangsar )



Perjalanan pertama bermula dalam jam 5 pagi. Untuk mengangkut pelajar sekolah ke seberang dan berakhir sekitar jam 11 pm.

Kadang-kadang tiada penumpang di jeti menyebabkan pemandu bot akan melabuhkan bot di seberang, kalau kita nak naik kena tunggu lama sikit, biasanya sampai bot di seberang tu penuh dulu. Tapi kalau emergency sangat kita boleh laung jer. Kalau kuat anak tekak ler...

Sekarang zaman dah moden. Pemandu bot sayong ada letakkan no telefon di jeti. Apa - apa hal, telefon jer dan bot akan sampai.





Keadaan bot lama yang uzur



Bot yang karam dan selepas ditimbulkan semula pada Ahad, 25hb Oktober 2009 : sumber 





Dari Jeti di Bandar Kuala Kangsar, penduduk Sayong boleh membeli keperluan harian di kawasan sekitar. 

Ada kedai runcit, kedai milik FAMA, Pejabat Pos, kedai emas, kedai makan dan banyak lagi yang menyediakan perkhidmatan untuk orang kampung.

Pada hari Sabtu pula diadakan Pasar Tani dan hari Ahad pula diadakan Pasar Mega. 




Ilustrasi Dato' Lat mengenai bot sayong


Pada Hari Raya baru ni, saya perhatikan bot lama ini telah digantikan dengan bot fibre. Mungkin bot lama ini sudah tidak mampu menguruskan perjalanan seharian lagi.

Kehadiran jambatan baru nampaknya telah mengubah senario perkhidmatan bot tambang ini. Jika 10 tahun dahulu, ia sentiasa penuh namun kini nampak macam kosong sahaja. Kalau ada pon, mereka yang ada urusan di sekitar Bandar Kuala Kangsar sahaja. Sesekali ada lah pelancong nak merasa naik bot.

Harap pihak berkuasa tempatan dapat memulih dan memelihara sistem tradisional ini. Ia sudah lama menjadi mercu tanda bagi Bandar Kuala Kangsar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...