AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Friday, 23 September 2011

ASAL NAMA KUALA KANGSAR



Papan Tanda di Stesen Keretapi Kuala Kangsar



Pelbagai versi yang dikatakan sebagai asal nama Kuala Kangsar. Antaranya ialah : 

KUALA KURANG SA
Asal usul nama bandar ini bermula apabila peneroka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak  sungai di tebing kiri Sungai Perak.  
Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke 99 atau pun Seratus Kurang Satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, KUALA KURANG SA dan kemudiannya disebut Kuala Kangsar sahaja. 
              

Pertemuan ( Kuala ) Sungai Kangsar dan Sungai Perak

KUALA SUNGAI KANGSAR
Sungai Kangsar bermula dari Padang Rengas, kira kira 7 km dari Bandar Kuala Kangsar ke arah Taiping dan berakhir di Sungai Perak di Bandar Kuala Kangsar.
Pusat pertemuan di antara dua sungai ini dipanggil kuala dan akhirnya digelar Kuala Kangsar.
Hulu Sungai Kangsar atau " Ulu Kongsor " oleh anak tempatan merupakan salah satu tempat mandi manda yang terkenal di Padang Rengas.

DIAMBIL DARI NAMA POKOK KANGSAR
Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai.

Pokok Kangsar merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Hibiscus floccosus Mast. ( SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...