Kolej Melayu Kuala Kangsar atau nama ringkasnya Kolej Melayu Kuala Kangsar, merupakan sebuah Kolej yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Kangsar.
Pada 2009, Kolej Melayu Kuala Kangsar memiliki 543 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 543 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.
Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali Malay College, MCKK, MC atau Koleq, dan kadangkala Eton of the East) atau (Inggeris:Malay College Kuala Kangsar), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak diBandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak.
Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.
Logo MCKK
SEJARAH
Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916).
Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja.
Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60, dan sehingga kini rakyat lelaki berbangsa Melayu memegang jawatan tersebut.
INFRASTRUKTUR
Bangunan Overfloor (dibina pada 1909) adalah binaan yang menjadi identiti sekolah ini, bercirikan senibina Greco-Roman, berhadapan padang ragbi, merupakan asrama bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 (dan juga tingkatan 3 dan 6 pada satu masa) dan dewan makan. Bangunan Prep School (dibina pada 1912) yang menempatkan pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah lebih kecil daripada bangunan Overfloor, mengekalkan senibina Greco-Roman, tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza.
Pada tahun 1955, bangunan West Wing dan East Wing ditambah kepada Overfloor untuk menempatkan lebih ramai pelajar. Tiga bangunan ini kini dikenali sebagai Asrama Besar (Big School).
Pada tahun yang sama, Blok Pentadbiran dan Menara Jam juga ditambah untuk memenuhi keperluan semasa. Seterusnya pada tahun 1963 asrama tambahan , Pavilion dan pada tahun 1972,Asrama Baru (New Hostel) dibina.Pavilion dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 3 manakala Asrama Baru dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 2.
Satu lagi mercu tanda utama sekolah ini ialah Big Tree, sebatang pokok hutan hijau yang terletak di sebelah timur Overfloor, yang berusia lebih tua daripada bangunan Overfloor sendiri.
LAGU SEKOLAH
Kolej IstimewaDidikan untuk semuaKeluar membimbing negaraMaju terus mara
Banggaku rasakanKhidmatku berikanTakku lupakan jasa-jasamuOh The Malay College
SUKAN
Terdapat tiga padang sukan utama di sekolah ini; padang di hadapan Asrama Besar yang digunakan untuk ragbi, bola sepak dan kriket, padang hoki berhadapan Asrama Baru dan padang serbaguna di Blok Pentadbiran. Di sekolah ini juga terdapat satu-satunya gelanggang Eton Fives di Malaysia, walaupun kini tiada pelajar yang masih meneruskan sukan ini.
Semua pelajar sekolah ini menganggotai salah satu daripada 4 rumah sukan, dimana tiap rumah sukan berkenaan dinamakan atas penaung asal iaitu Rumah Sulaiman, Ahmad, Mohd Shah dan Idris, dan rumah-rumah sukan ini diwakili oleh warna merah, hitam, kuning dan putih mengikut turutan tersebut. Sepanjang tahun persekolahan, rumah-rumah ini bertanding dalam pelbagai aktiviti sukan, di mana pertandingan ini mencapai puncaknya pada Hari Sukan yang diadakan setiap tahun.
Kolej Melayu memegang reputasi yang tinggi dalam bidang sukan sekolan negara. Sejak tahun 1960, sekolah ini mengadakan perlawanan ragbi tahunan menentang Kolej Vajiravudh, sebuah sekolah elit di Thailand. Perlawanan ini diadakan di Bangkok pada tahun genap dan di Kuala Kangsar pada tahun ganjil. Selain daripada ini, sekolah ini juga mengadakan kejohanan sukan tahunan bersama Maktab Tentera DiRaja, dimana kedua-dua sekolah ini bergilir menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.
1954
1965
1969
ALUMNI
Persatuan alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar dikenali sebagai Malay College Old Boys' Association (MCOBA) atau "Persatuan Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar", ditubuhkan pada tahun 1929.
Antara bekas pelajar yang ternama adalah seperti
- Sultan Hisamuddin Alam Shah – Yang di-Pertuan Agong ke-2 & Sultan Selangor ke-5
- Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah – Agong ke-11 & Sultan Selangor ke-8
- Sultan Haji Ahmad Shah – Agong ke-7 & Sultan Pahang kini
- Sultan Azlan Muhibbuddin Shah – Agong ke-9 & Sultan Perak kini
- Yang di-Pertuan Besar Tuanku Ja’afar – Agong ke-10 & Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10
- Dato' Onn Jaafar – Menteri Besar Johor ke-7 & pengasas UMNO
- Tun Abdul Razak Dato' Hussein – Perdana Menteri Malaysia kedua
- Dato Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz – Menteri Besar Perak pertama
- Tun Abdul Aziz bin Abdul Majid – Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-3
- Tun Mohd Khalil Yaakob – Menteri Besar Pahang ke-13 & Yang di-Pertua Negeri Melaka kini
- Dato Haji Raja Kamaruddin bin Idris - Menteri Besar Terengganu ke-5
- Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad - Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pertama
- Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, Sultan Brunei ke-28
- Tan Sri Azmi Kamaruddin - bekas Hakim Mahkamah Tinggi
- Tun Mohammed Hanif Omar - bekas Ketua Polis Negara Malaysia
- Dato' Seri Anwar Ibrahim - Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7 & penasihat Parti Keadilan Rakyat
- Hishamuddin Rais - aktivis sosial
- Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Dato' Shahrir bin Abdul Samad - Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
- Dato' Fauzi Abdul Rahman - bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Tan Sri Sanusi Bin Junid - Menteri Besar Kedah ke-7 & presiden UIAM ke-4
- Datuk Abdullah Ahmad - Wakil Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- Dr Hj Mohd Hatta Ramli - Bendahari Parti Islam SeMalaysia
- Hj Mohd Yahya Hj Mat Sahri - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat
- Tan Sri Musa Mohamad - bekas Menteri Dalam Negeri Malaysia
- Dato Seri Hishammuddin Hussein - Menteri Dalam Negeri Malaysia
- Dato Seri Mohd Effendi Norwawi - bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Tan Sri Yahaya Ahmad - bekas pengerusi DRB-Hicom
- Tan Sri Razali bin Ismail - diplomat & ahli korporat
- Tan Sri Hassan Merican - bekas CEO Petronas
- Tan Sri Saleh Sulong - bekas pengerusi DRB-Hicom
- Tan Sri Halim Saad - penubuh Kolej Yayasan Saad
- Tan Sri Dato' Azman Mokhtar - pengarah urusan Khazanah Berhad
- Datuk Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah - perunding motivasi terkenal
- Dato' FD Iskandar Mansor - pengarah urusan GLOMAC Berhad
- Ishak Haji Muhammad - penulis & nasionalis
- Dr. Hj. Mohd Ramli Bin Hj Md.Kari - bekas ADUN Senggarang
- Datuk Mohd Zahir Khalid - Adun Kemunting & Exco Negeri Perak
- YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar - Adun Ayer Putih
SENARAI PENGETUA
- 1905—1918: William Hargreaves
- 1918—1919: J.O. May
- 1919—1923: L.A.S. Jermyn
- 1923—1938: C. Bazell
- 1938—1949: H.R. Carey
- 1949—1953: K.D. Luke
- 1953—1958: J.D.R. Howell
- 1958—1959: P.G. Haig
- 1959—1965: N.J. Ryan
- 1965—1969: Abdul Aziz Ismail
- 1970—1971: Syed Abu Bakar Barakbah
- 1971—1972: Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah
- 1973—1975: Nordin Nasir
- 1975—1977: Abdul Rahman Mohd. Ali
- 1977—1982: Wan Abdul Aziz Wan Hamzah
- 1982—1983: Syed Alwi Syed Aljunid
- 1983—1987: Zainal Abidin Hj. Ahmad
- 1988—1992: Rashdi Ramlan
- 1992—1995: Hj. Hassan Hashim
- 1995—1999: Hj. Baharom Kamari
- 1999—2003: Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom
- 2004—2010: Dato' Mohd. Rauhi Mohd. Isa
- 2010—kini: En. Anand bin Baharuddin
ALAMAT
Terletak 1km dari Pusat Bandar Kuala Kangsar
ReplyDeleteKadar semalam MYR 150/malam
Membuat tempahan terlebih dahulu
KEMUDAHAN
RUMAH 2 TINGKAT
3 BILIK TIDUR
1 RUANG TAMU
2 BILIK AIR
DAPUR
KEMUDAHAN LAIN
TELEVISYEN
BERPERABOT
KATIL DAN BANTAL(lebih jika ada permintaan)
TUALA MANDIAN DISEDIAKAN
PETI AIS
KEMUDAHAN MEMASAK
AIR COND
[Tv , Air Cond , dapur , Tuala , Wifi disediakan]
jushafikhomestay.blogspot.com
Tel: 012 549 6200-En Shafik
017 518 6838-Pn Azizah