AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Saturday, 1 October 2011

RUMAH TUAN SYED ASSIN DI KARAI




Rumah yang dimiliki oleh Tuan Syed Assin, adik kepada Tuan Syed Adam, meninggal tahun 1940-an. Merupakan rumah kediaman yang dijadikan tempat Sekolah Agama Rakyat serta kelas pengajian Bahasa Inggeris di kitaran zaman itu.

Rumah itu kini, di hadapannya dibangunkan bangunan baru sekolah agama rakyat. Terletak berhampiran dengan Pekan Karai, Enggor. Keluarga dan pemilik rumah ini masih boleh dikunjungi.




Tuan Syed Adam yang dikenali sebagai 'alim besar Kuala Kangsar' pada kitaran 1920-1940 adalah seorang mursyid kepada Sultan Alang Iskandar Shah. 

Keluarga tuan Syed itu seluruhnya kini menyumbang dan menjadi tenaga pengajar agama di beberapa negeri dan daerah. Kebanyakannya berkelulusan Saujana dari Universiti al-Azhar juga beberapa pondok tempatan seperti Maahad Muhammadiah Kelantan.

Salah seorang murid Tuan Syed Adam itu ialah Pegawai Daerah Melayu pertama Kuala Kangsar.

Pada sebelum kejadian bah besar atau banjir besar kuala kangsar, Tuan Syed Adam pernah meminta orang ramai dan kenalan untuk menyediakan pondok di tanah-tanah tinggi tanpa menyebut darihal banjir tersebut.

Sehingga pada kejadian banjir besar yang hampir menenggelamkan Jam Besar dan Bandar Kuala Kangsar itu barulah, orang ramai terutama di sekitar perkampung Enggor menyedari amaran itu (ia adalah salah satu karamahnya)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...