AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Wednesday 4 July 2012

M. AMIN ~ Hang Tuah dari Kuala Kangsar



Muhammad Amin bin Haji Ihsan atau lebih dikenali sebagai M. Amin merupakan seorang pelakon, dan pengarah filem Melayu. M Amin dilahirkan pada 1 September 1924 di Kuala Kangsar, Perak.

M Amin bersekolah di Sekolah Bendang Panjang sehingga darjah enam. M Amin pernah berkhimat sebagai guru di Kuala Kangsar, Perak. Selepas Perang Dunia II, beliau berkhidmat sebagai polis di depoh polis Ipoh antara tahun 1946 hingga tahun 1950. 

Disebabkan minat yang mendalam pada bidang lakonan, beliau ketika itu, sudah pun bekerja sebagai anggota Polis, rela meletakkan jawatan untuk mengejar cita-citanya walaupun bermula sebagai pelakon tambahan untuk filem Bakti arahan L.Krishnan (1950) di Studio Malay Film Productions (MFP), kepunyaan Shaw Brothers di Singapura. 

Mula berlakon disisi Mariam (Mariam tahi lalat) dalam filem Kembar yang diarah oleh S. Ramanathan 1950, dan Berbahagia di Singapura di bawah arahan Jaafar Wariyo bersama pelakon Siti Hanim dan Rohaya. 

Beliau turut berlakon dalam filem Alladin (1950), filem Bakti (1950), filem Pembelaan (1950), filem Kembar (1952), dan filem Antara Senyum Dan Tangis (1952). Filem arahan pertama M Amin adalah Lancang Kuning (1962) yang turut mengandingkan Nordin Ahmad dan Latifah Omar.


   Bersama Nordin Ahmad dalam filem Hang Jebat ( 1961 )


M Amin juga pernah berlakon sebagai Hang Tuah dalam filem Hang Jebat, dan Cinta Gadis Rimba, arahan L. Krishnan (1957).

Dengan pengalaman berlakon dan mengarah lebih 60 judul filem, kebanyakannya di Studio Cathay Kris, Singapura, nama M.Amin begitu popular. 

Setelah studio-studio filem di Singapura menghadapi masaalah, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menabur bakti di Studio Merdeka dan kemudiannya di Sabah Film Production. 

Bakat dan minat juga menjadi punca kejayaan beliau sama ada sebagai pelakon mahupun pengarah. Kerjaya pengarahan bermula sebagai penolong pengarah sebelum duduk di kerusi pengarah. Datuk L.Krishnan yang banyak membantu dan memberi semangat kepada beliau dalam kerja pengarahan filem ini. 


Lancang Kuning (1962)



Filem pertama arahannya di Cathay Kris ialah filem Lancang Kuning (1962) lakonan Nordin Ahmad, Latifah Omar dan Rose Yatimah. Filem ini mendapat sambutan Box-Office. 

Filem lakonan terakhir beliau ialah di dalam Filem Paloh terbitan Filem Negara Malaysia dengan kerjasama FINAS. Diarahkan oleh Adman Salleh. 

Beliau pernah di kurniakan Bintang Kebesaran Persekutuann, Ahli Mangku Negara (AMN). 

Beliau menghembuskan nafas terakhir beliau pada 8 Januari 2003 di kediaman beliau Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. 




 Lakonan
2012
:
  Johnny Bikin Filem - (Pelakon Pembantu)
2003
:
  Paloh - (Artis Jemputan)
1998
:
  Badai Mentera - (Pelakon Pembantu)
1998
:
  Silat Lagenda - (Pelakon Pembantu)
1964
:
  Wan Perkasa - (Pelakon Utama)
1962
:
  Dang Anom - (Pelakon Utama)
1961
:
  Siti Zubaidah - (Pelakon Utama)
1961
:
  Sultan Mahmud Mangkat Dijulang - (Pelakon Utama)
1961
:
  Hang Jebat - (Pelakon Utama)
1960
:
  Che Mamat Parang Tumpul - (Pelakon Utama)
1959
:
  Raden Mas - (Pelakon Utama)
1959
:
  Rasa Sayang Eh - (Pelakon Utama)
1958
:
  Selendang Delima - (Pelakon Utama)
1958
:
  Serangan Orang Minyak - (Pelakon Utama)
1955
:
  Kasih Menumpang - (Pelakon Pembantu)
1952
:
  Antara Senyum Dan Tragis - (Pelakon Pembantu)
1951
:
  Sejoli - (Pelakon Tambahan)
1950
:
  Bakti - (Pelakon Tambahan)

krew Filem
1984
:
  Di Ambang Kasih - (Cerita Asal)
1984
:
  Di Ambang Kasih - (Lakon layar)
1984
:
  Azura - (Cerita Asal)
1984
:
  Di Ambang Kasih - (Pengarah)
1983
:
  Manis-Manis Sayang - (Lakon layar)
1983
:
  Manis-Manis Sayang - (Pengarah)
1983
:
  Manis-Manis Sayang - (Cerita Asal)
1981
:
  Sumpah Semerah Padi - (Pengarah)
1981
:
  Sumpah Semerah Padi - (Cerita Asal)
1981
:
  Sumpah Semerah Padi - (Lakon layar)
1979
:
  Kisah Seorang Biduan - (Cerita Asal)
1979
:
  Kisah Seorang Biduan - (Lakon layar)
1979
:
  Kisah Seorang Biduan - (Pengarah)
1977
:
  Pendekar - (Pengarah)
1977
:
  Pendekar - (Cerita Asal)
1977
:
  Pendekar - (Lakon layar)
1976
:
  Hapuslah Air Matamu - (Pengarah)
1976
:
  Hapuslah Air Matamu - (Cerita Asal)
1976
:
  Hapuslah Air Matamu - (Lakon layar)
1975
:
  Pertiwi - (Pengarah)
1973
:
  Hati Batu - (Pengarah)
1973
:
  Satu Titik Di Garisan - (Pengarah)
1969
:
  Sial Wanita - (Pengarah)
1969
:
  Serikandi - (Pengarah)
1967
:
  Dosa Wanita - (Pengarah)
1966
:
  Dua Kali Lima - (Pengarah)
1966
:
  Gurindam Jiwa - (Pengarah)
1965
:
  Ikan Emas - (Pengarah)
1963
:
  Cucu Datuk Merah - (Lakon layar)
1963
:
  Rumah itu Dunia aku - (Pengarah)
1963
:
  Rumah itu Dunia aku - (Lakon layar)
1963
:
  Tajul Ashikin - (Pengarah)
1963
:
  Cucu Datuk Merah - (Pengarah)
1962
:
  Badang - (Cerita Asal)
1962
:
  Lancang Kuning - (Pengarah)
1961
:
  Hang Jebat - (Lakon layar)



1 comment:

  1. salam, boleh ke sambong lagi sejarah dan peristiwa lampau oghang2 kuale kangsor, seperti penglibatan Hj Mat Saman (guru agama), kisah terbinanya istana di bukit chandan, kisah Penghulu Daud dan lain2 lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...