AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Friday 30 September 2011

BAH BESOR KUALA KANGSAR





Menurut tanda aras yang dicatatkan di anak tangga Sekolah Menengah Raja Perempuan Kalsom, Bukit Kerajaan, Kuala Kangsar, bandar Di Raja ini banyak kali dilanda banjir besar.

Sebagai rujukan sekolah ini terletak di atas Bukit Kerajaan ( Bukit Chandan ) kawasan tertinggi di Kuala Kangsar yang juga menempatkan penempatan di Raja Perak.




ikut urutan dari atas :

30 Disember 1926
28 
Disember 1897
Disember 1931
15 
Disember 1947


Ini mungkin disebabkan oleh kawasan Bandar Kuala Kangsar terletak di tebing sungai Perak di mana, di waktu tengkujuh aras air meningkat dan menyebabkan bandar ini dan kawasan berhampiran dilanda banjir.

Hanya setelah Empangan Temenggor  bermula operasinya pda tahun 1975, barulah kejadian banjir besar di Kuala Kangsar tidak berulang. Ini kerana selain dari fungsi utama Empangan Temenggor sebagai empangan hidroelektrik, ia juga telah mengekang limpahan aliran air sungai ke hilir terutama di Kuala Kangsar.

Kali terakhir banjir ( bah ) besar melanda Kuala Kangsar adalah pada tahun 1967 apabila Empangan Chenderoh di Lenggong pecah dan kebanyakan kawasan di Kuala Kangsar tenggelam.



BAH BESAR TAHUN 1926

Bah besar pada tahun 1926 telah mengakibatkan istana Sultan Perak runtuh dan selepas itu dibina sebuah istana baru dinamakan Istana Iskandariah. 

Bah tersebut juga mengakibatkan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) tenggelam dan baginda Sultan Iskandar menitahkan agar para pelajar dipindahkan ke Bukit Chandan.

Selain Kuala Kangsar, fenomena Bah Besar ini turut meneggelamkan beberapa kawasan di Tanah Melayu seperti di Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu.




Istana Negara, Bukit Chandan sebelum dilanda banjir 1926





Istana Iskandariah yang dibina menggantikan Istana Negara




BAH BESAR TAHUN 1967

Hujan musim tengkujuh di awal tahun 1967 menyebabkan Empangan Chenderoh di hulu sungai tidak mampu lagi menahan bebanan air dan pecah. 

Kuala Kangsar tenggelam sekali lagi di dalam peristiwa bah besar terakhir. Kawasan di hilir Sungai Perak yang lain turut dinaiki air seperti di Parit dan Bota.

Pada waktu itu, umat Islam sedang menjalani ibadah puasa dan menanti saat menjelang 1 Syawal.




Suasana banjir dari udara





 Sekitar Jam Besar Kuala Kangsar





Hotel Double Lion





Sekolah Menengah Chung Wah






Kawasan bandar



Panggung Rex





Panggung Cathay




Pasar Basah Kuala Kangsar cuma nampak bumbung sahaja




Kawasan di Bukit Chandan



Istana Iskandariah




BAH TAHUN 1993

Kali terakhir Bandar Kuala Kangsar mengalami bah yang agak besar adalah pada penghujung tahun 1993. 

Walaubagaimanapun, ia tidak seteruk berbanding bah sebelum ini. 

Ini mungkin disebabkan keberkesanan sistem penghalang air di hulu Sungai Perak dengan terbinanya Empangan Temenggor di Gerik.




Setakat artikel ini ditulis, Bandar Kuala Kangsar masih terselamat dari dilanda tragedi besar sebegini. 

Walaubagaimanapun, langkah keselamatan dan berjaga-jaga telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab sebagai persedian sekiranya berlaku lagi Bah Besar Kuala Kangsar.




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...