AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Sunday 9 October 2011

CARA MEMBUAT LABU SAYONG SECARA TRADISIONAL




Peralatan Yang Digunakan

Dibawah adalah beberapa alatan yang digunakan untuk menyiapkan sebiji Labu Sayong secara tradisional.


1. Penepek


Sebatang kayu diguanakan untuk memampat tanah dan labu yang masih basah supaya menjadi bentuk yang dikehendaki.



2. Sudip


Sebatang buluh nipis dan runcing untuk mengerat lebihan tanah.



3. Pengukir



Sebatang kayu yang mempunyai ukiran motif pada kedua bahagian hujungnya dan digunakan untuk menerap hiasan-hiasan pada labu.



4. Batu Luru / Licin



Digunakan sebagai alat untuk melicinkan permukaan labu.



5. Pinggan Ayan / Piring Capah




Berfungsi sebagai roda pemutar.



PROSES PEMBUATAN LABU SAYONG

Aliran kerja membentuk sebiji labu dibuat dengan cara berperingkat-peringkat iaitu menyediakan tanah. Kerja-kerja membuat labu bermula dengan pemilihan tanah. Tanah liat yang lembut diambil daripada tebing-tebing sungai, perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering, membentuk, menghias dan akhirnya membakar.


1. Menyediakan Tanah

Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-katul batu yang ada.

Setelah nyata bersih, tanah itu duli supaya ia menjadi padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya.



Tanah liat boleh dijumpai di tepi-tepi sungai



Tanah liat ditapis bagi mengasingkan kekotoran



2. Membentuk



Membentuk adalah tersangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu.

Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.




Membentuk tanah liat


Bentuk asas Labu Sayong dibentukkan 
di atas pinggan ayan yang diputar-putar



Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk memampatkan badan labu.

Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantumkan bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.



3. Menghias

Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. 


Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar. 



Penggunaan batu sungai bagi melicinkan permukaan labu


Ragam hias menggunakan pelarik


Motif dan Hiasan

Motif yang digunakan untuk menghias labu sayong ialah hiasan daripada tumbuh-tumbuhan dan juga motif geomatrik seperti:-




  • Bunga Cengkih
  • Bunga Pecah Empat
  • Bunga Pecah Lapan
  • Bunga Lawang
  • Bunga Kedudut
  • Bunga Tanjung
  • Bunga Padi
  • Pucuk Rebung


Hiasan umum yang terdapat pada labu ialah hiasan panai dan gelugur. Hiasan panai iaitu jaluran timbul yang disusn secara menyerong atau tegak. Hiasan gelugur pula ialah jaluran cekung di permukaan yang menimbulkan kesan cembung. Hiasan jaluran cekung ini juga dikenali sebagai bekas taliair. Dua garis timbul atau turis yang melingkar di bahagian badan labu disebut gelang puyoh. 




4. Membakar

Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang dibakar.

Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.



Labu yang disalai


pembakaran tembikar



Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. 

Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.






Produk akhir





Video klip pembuatan Labu Sayong cara tradisional boleh dilihat DI SINI



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...