AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Friday 7 October 2011

ALMARHUMAH YMM RAJA PEREMPUAN MAZUIN SELAMAT DIMAKAMKAN






PERSIAPAN TERAKHIR

Beginilah keadaan sekitar Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang siap sepenuhnya untuk Istiadat Permakaman Almarhumah YMM Almarhumah Raja Perempuan Mazuwin mengikut adat istiadat diraja Perak. 




Jenazah dibawa dari Masjid Ubudiah ke kawasan permakaman ini selepas Solat Jumaat

Istiadat ini dihadiri oleh Sultan dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Raja Muda dan Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Kerabat-Kerabat Diraja Perak dan Sultan Johor yang merupakan menantu kepada Al-Marhumah YMM Raja Perempuan Mazuwin disamping rakyat Perak.



SERAJA DIRAJA

Inilah dia Kereta Pengusung Jenazah YMM Almarhumah Raja Perempuan Muzwin yang dikenali dengan nama Seraja Diraja. 






Seraja Diraja digunakan untuk membawa jenazah kerabat diraja Perak ke kawasan permakaman di Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Candan, Kuala Kangsar, Perak. 


Salah seorang yang dipertanggung jawabkan untuk menyelia kerja-kerja membena Seraja Diraja adalah Tok Ayah atau Tok Haji Abdul Rahim Mohamed yang merupakan orang Besar 16.





Sultan Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenaan menziarahi jenazah Almarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin Perak di Istana Riswin. 

Turut kelihatan dalam rombongan diraja Kedah adalah Sultanah Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Sultanah Hajah Haminah binti Hamidun dan Tunku Panglima Besar Kedah, YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz.

Selain daripada Tuanku Sultan Kedah turut menziarahi Jenazah Almarhumah adalah Raja Negeri Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid. 

Manakala dari Pahang pula diwakili oleh Tengku Mahkota Pahang KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.





Almarhumah YMM Raja Perempuan Mazuwin telah selamat disemadikan di Makan Diraja Al-Ghufran selepas Solat Asar Petang Tadi dengan penuh adat istiadat diraja Perak. 

Gambar dari bernama menunjukkan puteri Almarhumah iaitu DYMM Raja Zarith Sofiah yang merupakan Isteri kepada DYMM Sultan Johor sedang menabur bunga dan menyiram air mawar di makam Almarhumah YMM Raja Perempuan Mazuwin Perak.


Al-Fatihah kepada Almarhumah YMM Raja Perempuan Mazuwin Perak. Semoga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman.AMIN.


Tonton video DISINI




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...