AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Saturday 24 September 2011

LATA BUBU : Antara Sejarah Dan Lagenda




Assalamualaikum wbt..

Kuala Kangsar sememangnya dianugerahkan dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati. Ada juga kawasan perkelahan yang sesuai untuk bermandi manda. Antaranya Lata Ulu Kenas di Manong, Lata Kekabu di Lenggong, Lata Batu Hampar, Lata Bubu dan Ulu Kongsor di Padang Rengas. 

Hari ini saya nak perkenalkan salah satu tempat mandi manda yang TERBAEKKK.. di Kuala Kangsar. Lata Bubu nie kira terkenal di kalangan penduduk tempatan terutama orang - orang muda sebab antara aktiviti menarik yang dapat dilakukan di sini ialah menggelongsor turun dalam jarak dalam 10- 15m.







Aktiviti menggelongsor


Lata Bubu erletak di sempadan antara Kampung Kuala Dal dan Kampung Padang Asam, Padang Rengas, ia merupakan tempat perkelahan yang sering dikunjungi terutama pada hujung minggu.

Diceritakan ia adalah hasil sumpahan Sang Gedembai ( Kelembai ); terdapat 4 peringkat tempat persinggahan. Lata Bubu juga telah diwartakan sebagai sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Gunung Bubu. 


Kolam Puteri Bunian


Di kawasan Lata Bubu ni memang banyak terdapat flora dan fauna yang menarik untuk dilihat. Suasananya tenang dengan persekitaran yang nyaman. Jauh dari kesibukan kota. Sesuai untuk menenangkankan fikiran pada hujung-hujung minggu. 








Beberapa tempat yang menarik di sini termasuk kolam takungan air tinggalan British, batu berbentuk kapal, tempat pancungan kepala di zaman jepun, gua tentera jepun, perigi 4 dan air terjun..






Kolam takungan air zaman British. Kolam ini dikatakan terbiar 
setelah disabotaj oleh komunis pada zaman darurat dahulu.



Antara kesan banggunan tinggalan British



Orang kata, ini tempat Jepun pancung kepala.




Bentuk batu yang menyerupai kapal


Lata Bubu juga dikatakan menjadi tempat kesukaan Sultan Iskandar Syah; Sultan Perak ke 30 (1918-1938) untuk bersiram dan baginda juga sering singgah di Masjid Ihsaniah Iskandariah di Kampung Kuala Dal.

Untuk ke Lata Bubu, boleh keluar lebuhraya melalui Exit Kuala Kangsar, ambil laluan menghala ke Taiping dan berhenti di Kampung Kuala dal. 15 minit perjalanan dari Kuala Kangsar, laluan asal ke Lata Bubu adalah melalui kebun getah di Kampung Kuala Dal dan menaiki bukit. Pada hujung tahun 90-an telah disediakan jalan tar dari jalan utama ke kawasan lata. Di Kampung Kuala Dal juga kita boleh berjumpa dengan Masjid Insaniah Iskandariah di mana ia dibina dengan menggunakan dinding yang dianyam.













1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...