AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Thursday 29 September 2011

UTUSAN ONLINE : Remaja ugut bunuh diri terjun jambatan akibat masalah keluarga





Utusan Online - 20hb Ogos 2011



KUALA KANGSAR 19 Ogos- Orang ramai yang melalui Jambatan Sultan Abdul Jalil di sini malam tadi, gempar apabila seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mengugut untuk terjun dari jambatan itu.


Tindakan remaja berkenaan duduk di tepi tembok jambatan itu bukan sahaja menimbulkan suasana cemas ahli keluarga tetapi orang ramai yang melaluinya.


Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Dolah Samina Koromo berkata, semasa tiba di lokasi, remaja itu berada dalam keadaan tertekan.


Katanya, remaja itu duduk di tempat paling kritikal dan jika berlaku kecuaian, mangsa boleh terjatuh ke dalam sungai.


"Usaha memujuk remaja berkenaan selama 20 minit gagal. Apabila ahli keluarganya sampai di lokasi, remaja itu mengugut akan terjun dan tidak mahu didekati.


"Bagi mengelakkan dia terjun atau pengsan, kami menyerbu mangsa menggunakan kelengkapan keselamatan," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.


Dolah berkata, selepas berjaya diselamatkan pukul 12.15 tengah malam, remaja berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.








Difahamkan remaja yang berasal dari Kampung Kandang Hilir Kota Lama Kanan itu bertindak demikian kerana mengalami masalah keluarga.


SUMBER


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...