AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Thursday 29 September 2011

JAMBATAN SULTAN ABDUL JALIL SHAH



Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah adalah salah satu daripada dua jambatan yang menyeberangi Sungai Perak di Kuala Kangsar. 

Jambatan yang menghubungkan pekan Kuala Kangsar dengan Kampung Sayong ini dibuka secara rasmi oleh DYMM Seri Paduka Sultan Azlan pada bulan Jun 2002.







Jaraknya 330 meter, ia memudahkan perjalanan harian antara penduduk di Sayong dan kampung-kampung di sekitarnya yang mahu menjalankan aktiviti harian di Pekan Kuala Kangsar.

Sebelum jambatan ini dibina, penduduk di seberang sungai menggunakan perkhidmatan bot penambang bagi menyeberangi Sungai Perak. 

Selain itu, bagi yang menggunakan kereta, mereka terpaksa menggunakan Jambatan Iskandariah yang lebih jauk perjalanannya jika hendak ke Pekan Kuala Kangsar.







Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah dihiasi indah dengan corak ukiran bermotifkan tumbuh-tumbuhan. 

Permandangan jambatan ini diwaktu malam juga mengasyikkan dengan cahaya yang dapat dilihat dari Bukit Chandan, Kota Lama Kiri / Kanan serta kawasan sekitar.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...