AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Monday 26 September 2011

UTUSAN ONLINE : Penduduk kesal dakwaan masjid terbiar

Mohd. Anuar Pandak Abu Bakar menunjukkan Masjid Insaniah Iskandariah 
di Kampung Kual Dal,Padang Rengas dekat Kula Kangsar berkeadaan sempurna.






Rabu - 3hb Mac 2010


KUALA KANGSAR 2 Mac - Penduduk Kampung Kuala Dal dekat sini kesal dengan dakwaan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa Masjid Insaniah Iskandariah, yang kaya dengan nilai sejarah, kini dalam keadaan terbiar.


Pengerusi Masjid Al-Wahidiah,Mohamad Anuar Pandak Abu Bakar, 60, berkata, beliau hairan bagaimana pihak akhbar terbabit boleh menyiarkan gambaran yang salah tentang keadaan sebenar masjid itu.


"Masjid ini telah menjalani proses konservasi pada Disember 2008 dan kerja-kerja itu siap sepenuhnya pada Julai tahun lalu," katanya yang juga iman masjid itu ketika ditemui di sini hari ini.


Katanya, penyerahan rasmi kepada pihak jawatankuasa masjid dibuat pada 17 Disember 2009, manakala penerimaan watikah daripada Tuanku Raja Muda Perak dilakukan pada 6 Januari lalu.






Gambar ketika perasmian masjid oleh Al-Marhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah 
pada 11 Februari 1938





Majlis Perasmian diadakan pada 6hb Mei 2011 oleh DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah
sempena perayaan Hari Keputeraan Tuaku Sultan Perak




Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah murka dengan laporan akhbar terbabit yang menyiarkan sebuah rencana melabelkan Masjid Insaniah Iskandariah terbiar dengan menggunakan gambar-gambar lama masjid itu sebelum dilakukan proses pembaikan.

Ketika membuat lawatan mengejut ke masjid tersebut, baginda menitahkan akhbar berkenaan supaya memperbetulkan kenyataan itu kerana ia boleh menimbulkan persepsi salah kepada masyarakat.

Masjid Insaniah Iskandariah adalah Masjid Lama Kampung Kuala Dal yang dibina pada 1936 oleh Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke-30 sebagai menunaikan hajat baginda yang bernazar untuk membina sebuah masjid apabila salah seorang anakandanya yang gering sembuh.

"Baru-baru ini kita telah mengadakan majlis Sambutan Maulidur Rasul di sini," katanya.

Menurut Mohamad Anuar, Masjid Al-Wahidiah merupakan masjid yang dibina di sebelah Masjid Insaniah Iskandarian untuk digunakan oleh masyarakat setempat bagi menggantikan itu sebelum ia melalui proses konservasi.

Seorang penduduk kampung, Zamin Hassan, 50, berkata, usaha pihak berkuasa 'menghidupkan' semula masjid tersebut berjaya menarik ramai pelancong melihat lebih dekat kesan-kesan peninggalan sejarahnya.

"Kita marah bila ada orang mengatakan masjid ini terbiar kerana kita dapat lihat sendiri ia telah menjadi antara daya tarikan pelancong luar negara selain rakyat tempatan sendiri," katanya.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...