CIPTA SEJARAH... Cikgu Norliah bergelar pengetua perempuan pertama
di Clifford selepas 113 tahun.
Dia adalah pengetua yang ke-27 di sekolah lelaki yang berusia 114 tahun itu. Sekolah berkenaan terkenal kerana ia antara yang tertua di Malaysia sudah gah berdiri sejak sebelum merdeka lagi.
Berada sebagai tunjang utama atau pengetua sesebuah sekolah mungkin biasa saja dalam dunia pendidikan negara tetapi Norliah, 57, menempa sejarahnya sendiri. Norliah adalah pengetua perempuan pertama selepas 113 tahun lalu di Clifford kerana jawatan berkenaan sebelum ini hanya disandang.
Sekiranya kita mengatakan Norliah lambang kekuatan wanita dalam kerjaya ini, ia memang bertepatan sekali.
Mula berkhidmat di Clifford pada September 2009, apabila ditawarkan ke situ dia menurut perintah tanpa banyak soal.
“Tetapi sebenarnya saya sangat teruja. Manakan tidak, ini sekolah saya juga. Saya pernah bersekolah di sini sebagai pelajar tingkatan enam perempuan yang pertama pada 1973,” katanya.
Dalam segala keterujaan itu Norliah tetap tahu langkah sentiasa diperhati. Maklum, dia hadir di tempat yang sebelum ini hanya dimonopoli lelaki.
Kehadirannya di Clifford dianggap sebagai memecah tradisi. Sesuatu yang baru dan mengejutkan.
“Saya tahu dan faham saya pengetua wanita pertama selepas 113 tahun umur sekolah ini. Ini pula sekolah lelaki yang hanya ada perempuan di tingkatan enam. Saya juga tahu keadaan dan status sekolah waktu itu.
“Tetapi ia tidak langsung membuatkan saya gentar, malah bertekad akan melalui segala rintangan sebaik mungkin,” katanya.
Sebagai bekas pelajar Clifford, Norliah bangga dapat mencurah bakti di sekolah itu sebagai seorang pengetua pula.
CIKGU NORLIAH...guna pakai pendekatan seorang ibu
untuk tangani masalah di sekolah.
Bercakap dengan ibu kepada empat anak ini, dapat dilihat orangnya berkeyakinan tinggi dan tegas dengan keputusannya. Tiada riak gusar atau risau apabila mengenang kembali hari pertamanya sebagai Pengetua Clifford walaupun dia tahu kemasukannya ke situ hebat diperkatakan ramai orang di alam nyata dan dunia siber.
Sebenarnya masyarakat harus terima, tidak kisah lelaki ataupun wanita yang mengepalai Clifford, yang penting sekali orang itu boleh membuat kerja dengan baik. Kini, Norliah sudah membuktikan dia memang tepat duduk di kerusi Pengetua Clifford.
Memang bukan mudah dengan 1,200 pelajar dan 100 guru di bawahnya.
“Cabaran di Clifford tentu saja lain daripada sekolah lain kerana ia sekolah lelaki. Sebelum ini, saya pengetua di sekolah campur. Masalah dengan budak perempuan bukannya tidak ada tetapi sudutnya berbeza, lebih kepada masalah sosial seperti jatuh cinta tetapi tidaklah banyak sangat. Masalah budak lelaki pula lebih kepada mereka tidak mahu belajar, tidak suka ke sekolah, bergaduh dan merokok. Itu yang perlu diatasi,” katanya.
Mengatasi masalah budak lelaki yang biasa dan sebagai usaha membendungnya, Norliah mengambil pendekatan daripada sifat seorang ibu.
“Saya mengambil pendekatan sebagai seorang ibu dalam menyelesaikan apa juga masalah dengan pelajar di Clifford. Saya nampak perubahannya dan ia mendatangkan hasil.
“Saya puji pelajar Clifford sekarang, yang nakal bukan tak ada tetapi tidaklah membimbangkan. Masalah disiplin juga dapat dipantau terutama setelah ada CCTV,” katanya.

Setelah masuk ke Clifford banyak yang mahu dilakukan Norliah demi kebaikan sekolah tersohor di bandar diraja itu. Biar Clifford terus tersohor dan melahirkan insan hebat lagi.
Clifford sudah melahirkan lima Tun. Tun Hamdan Sheikh Tahir, Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan, Tun Mohammed Sufian Hashim, Raja Tun Mohar Raja Badiozaman dan Tun VT Sambanthan.
Pendekatan kasih sayang sentiasa berjaya dan Norliah gembira melihat hasilnya. Clifford juga mengalami kenaikan lonjakan di bidang akademik yang ketara dan membanggakan.
Ia sejajar dengan sikap Norliah sendiri apabila mahukan kejayaan, dia akan berusaha keras ke arahnya. Tiada perkataan putus asa dalam kamus hidupnya. Kerja keras dan niat yang baik pasti membuahkan hasil yang baik.
Bidang perguruan adalah bidang tersibuk di dunia walaupun dahulunya orang sering mengaitkan kerjaya guru sebagai bidang yang banyak cuti. Guru tidak hanya perlu bersedia ketika di sekolah, sebaliknya sepanjang masa jawatan itu tersandang di bahu mereka dan menjadi orang yang paling dekat dengan anak selain ibu bapa budak-budak itu sendiri.
Namun, sesibuk mana pun, sebagai isteri dan ibu, Norliah membahagikan masa antara kedua-duanya dengan adil. Anaknya seorang perempuan dan tiga lelaki juga sudah besar dan bekerja kecuali anak paling kecil di tingkatan empat.
Cabaran membahagikan tugas antara kerjaya dan rumahtangga memang besar tetapi Norliah sentiasa bersungguh-sungguh pada setiap satunya.
“Waktu bekerja di sekolah saya bekerja bersungguh-sungguh dari jam 7 pagi sampai jam 5 petang. Waktu rehat pun saya jarang rehat. Cara kerja saya pula, kerja dalam minggu itu mesti dihabiskan minggu itu juga, jangan dibawa ke minggu hadapan jadi tidaklah kerja tertunggak yang bertambah-tambah. Balik di rumah memang sepenuhnya masa untuk keluarga,” katanya.
Norliah masih sempat melayan hobinya kerana baginya semuanya boleh dilakukan sekiranya mahu.
“Saya suka menjahit dan me�nyulam. Bagi saya hobi ini boleh melegakan tekanan,” katanya.
PROFIL
NAMA: Norliah Mohd Lazim
TARIKH LAHIR: 18 Mac 1954
KELULUSAN AKADEMIK: Ijazah Sarjana Muda Geografi, Universiti Malaya
KELULUSAN IKHTISAS: Diploma Pendidikan Pengajian Geografi, Universiti Malaya
PENGALAMAN SEBAGAI PENGETUA: SMK Sayong, Kuala Kangsar, Luar Bandar (April 2000 - Julai 2004), SMK Tun Perak, Padang Rengas, Luar Bandar, Pengetua Cemerlang, DG 52 (1 Ogos 2004 - 31 Januari 2008), SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong, Pengetua Cemerlang, DG 54 (1 Feb 2008 - September 2009), SMK Clifford, Kuala Kangsar, Pengetua Cemerlang, DG 54 (September 2009 - kini)

No comments:
Post a Comment