AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Thursday 22 September 2011

MY METRO : Kerajaan Perak serah polis tangani isu pihak dakwa kerabat Perak






IPOH: Kerajaan negeri Perak menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu sekumpulan yang mendakwa 'kerabat' Perak dan dilaporkan akan bertindak menceroboh Istana Iskandariah di Kuala Kangsar Ahad ini.


Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkara itu membabitkan aspek keselamatan dan kerajaan negeri menyerahkan kepada polis untuk mengendali dan mengambil langkah-langkah yang perlu selaras dengan peruntukan undang undang untuk memastikan keselamatan awam dan istana. 


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan ada pihak yang mengaku dirinya sebagai waris Sultan Perak akan mengadakan perarakan ke Istana Iskandariah, Ahad ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan cawangan HSBS Amanah di sini hari ini, Zambry berkata beliau percaya polis akan bertindak tegas selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada.



Istana Iskandariah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar kira-kira 50 km dari sini adalah istana rasmi Sultan Perak Sulan Azlan Shah. - Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...