AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Friday 23 September 2011

LABU SAYONG



Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.
Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.
Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.




Teknik pembuatan labu sayong

Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden.
  • Pembuatan tradisional
  • Pembuatan moden
    • Throwing / Teknik lemparan alin
    • Teknik acuan
    • Teknik sepuh





Lokasi perusahaan seramik labu sayong

Berikut antara lokasi perusahaan membuat labu sayong dalam daerah Kuala Kangsar:
  • Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong Kuala Kangsar
  • Kampung Paya Lintah, Mukim Buaia, Padang Rengas
  • Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia, Padang Rengas
Kebanyakkan lokasi perusahaan ini turut menawarkan pakej lawatan sambil belajar kepada pelbagai agensi, sekolah, IPT, dan dokumentari.




1 comment:

  1. salam cuba jual kat blog dlm BI. org putih mudah cari. sy sendiri byk jual brg dlm blog. cuba tgk blog saya utk contoh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...