AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Monday 24 October 2011

MINYAK AFIAT : Nikmat rahsia alam semulajadi




Satu lagi produk keluaran Kuala Kangsar yang mendapat pengiktirafan dunia ialah Minyak Afiat, keluaran Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd. 

Selalu minyak afiat yang kita gunakan adalah minyak panas untuk melegakan perut kembung atau terkena gigitan serangga. Juga ada minyak gamat untuk disapukan pada luka - luka kecil.


MAKLUMAT SYARIKAT


Minyak Afiat telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Panjang Kamaruddin sejak tahun 1924 yang mana kemudianya telah diusahakan secara komersial oleh Allahyarham Tuan Haji Khalid bin Uda Ismail. Bermula secara kecil-kecilan beliau telah memperluaskan perniagaannya ke seluruh pelusuk Negara. 


Perusahaan Minyak Afiat kemudiannya telah ditukarkan kepada Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd dengan modal berbayar sebanyak RM229,000.00 pada tahun 1989. Sehingga tahun 1999, modal berbayar telah ditingkatkan kepada RM729,000.00.


Setelah ketiadaan Allahyarham, teraju pengurusan dan pentadbiran syarikat telah diambil alih oleh tiga orang anak beliau. Bermula dari detik penyerahan itu Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd telah mengorak langkah menuju ke arah pengkorporatan dan menuju jalan mencari arah pasaran di peringkat antarabangsa. 


Selaras dengan kehendak dan hasrat kerajaan, Syarikat Minyak Afiat telah membina sebuah kilang bertaraf GMP (Amalan Perkilangan Baik) yang mana syarikat ini adalah di antara kelompok pertama syarikat Bumiputera yang memperolehi pengiktirafan tersebut dari Kementerian Kesihatan dalam tahun 1996.





Tn. Hj. Ahmad Zakaria bin Hj. Khalid
Pengarah Urusan Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd




Berbekalkan formula dan ramuan tradisi keluarga, produk syarikat ini telah mampu bersaing dengan produk-produk perubatan moden. 



Produk keluaran syarikat ini telah dianalisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan dijamin selamat serta bersih untuk digunakan. Lantaran itu juga Syarikat Minyak Afiat telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan Universiti Sains Malaysia pada 25 Ogos 1996 bagi memelihara mutu keluaran syarikat secara berterusan.

Di atas kesedaran dan permintaan yang memberangsangkan, syarikat telah mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan herba dan makanan tambahan tradisional untuk kegunaan semua peringkat umur. 






PRODUK SYARIKAT 

Di antara produk-produk Syarikat Minyak Afiat adalah seperti Minyak Afiat, Minyak Hangat Afiat, Air jamu Fatin, Air jamu Biasa, Makjun Afiat, Set Bersalin Afiat dan Air Jamu Habbatus Sauda Bermadu. 

Terkini syarikat juga ada menghasilkan produk-produk penjagaan diri seperti gel Mandian, Feminine Care, Balm dan Krim Afiat hasil kerjasama dari SIRIM Berhad.







Antara Produk Afiat yang sudah dikenali umum


Sehingga kini Syarikat Minyak Afiat telah memperluaskan pasarannya ke seluruh negara termasuk Brunei dan banyak lagi pelanggan-pelanggan kecil di seluruh negara. 

Sebagai melebarkan lagi sayap perniagaan, pihak syarikat akan mengeluarkan produk-produk baru berupa produk penjagaan diri dan juga produk makanan kesihatan baru berasaskan herba bagi memenenuhi permintaan dan kecenderungan pengguna yang tinggi terhadap ubat-ubatan berasaskan herba. 

Dengan kerjasama daripada SIRIM Berhad sebgai sumber penyelidikan dan pembangunan projek-projek baru tersebut diharapkan dapat menyumbangkan kea rah memajukan lagi industri herba di Malaysia dan di peringkat global.

Selaras dengan usaha untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap kredibiliti pengusaha industri herba, pihak syarikat juga telahpun mencapai pengiktirafan ISO:9001:2008 dari SIRIM QAS International bagi persijilan sistem pengurusan kualiti pada April 2003. 

Ini bermakna usaha yang bersungguh-sungguh terus diambil untuk menjadikan barangan berasaskan herba sebagai alternatif utama pengguna selain daripada barangan hasilan kimia sintetik.


PROSES PENGILANGAN

Proses pengasingan hampas daun

proses masak minyak afiat

Proses masak pati Minyak Afiat

Mesin pengisian Minyak Afiat

Proses Penutupan insert

Mesin menutup minyak afiat

Penyarungan label Minyak Afiat

Proses pelabelan

Proses pengecutan label

Sedia untuk dipek dozen

Minyak Afiat yang disarongkan pek dozen

Minyak afiat yang dipek sedozen

Meletak tanda lulus

Memasukkan stok barang siap untuk diedarkan



ALAMAT SYARIKAT


Kilang Syarikat Afiat Sdn Bhd terletak kira-kira 3km dari Bandar Kuala Kangsar. Untuk ke kilang tersebut, kita boleh ambil laluan ke Ipoh mengikut jalan lama. 






Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd
(184540-X)
Batu 30 Jalan Ipoh
33000 Kuala Kangsar, Perak
Tel: 05-776 4677
Fax: 05-777 6676

email: support[at]afiat.com.my , afiatoil[at]gmail.com

Saksikan video klip Syarikat Minyak afiat dalam rancangan Panorama di TV1, pada 18hb November 2009 di sini




SUMBER : WEBSITE AFIAT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...