AL QURAN

Followers

SAHIH MUSLIM

Sunday 23 October 2011

JAMBATAN VIKTORIA : Jambatan Keretapi Tertua di Malaysia



Kampung Enggor di Karai, Kuala Kangsar dipercayai telah dibuka semenjak zaman British lagi di mana pada zaman itu, pihak British telah membina sebuah jambatan kereta api untuk bergerak dengan lancar dari Taiping ke Beruas. 

Jambatan Kereta Api Victoria menjadi saksi bahawa kawasan di Pekan Karai telah pesat membangun kerana terdapat beberapa tinggalan bangunan kuarters yang telah di bina pada zaman itu. Menjelang tahun 1897, pembinaan jambatan tersebut mula dilaksanakan.

Bagaimana pun jambatan itu tidak dapat disiapkan tepat pada masanya kerana berlaku banjir besar ketika itu. Banjir yang melanda telah menyebabkan air Sungai Perak naik mendadak dan melimpah sehingga ke tebing. Kemudian, jurutera yang bertanggungjawab telah mengarahkan agar kerja-kerja pembinaan ditunda. Sehingga tahun 1900, ia telah siap dibina dengan hasil yang amat kukuh sehingga ke hari ini.

Apa yang pasti jambatan ini menjadi titik tolak perkembangan Kampung Enggor, Karai. Kini, jambatan ini telah diganti dengan jambatan konkrit yang tahan lebih lama di sebelahnya. Walaupun begitu, keutuhan Jambatan Victoria ini diakui sehingga ke hari ini dan merupakan jambatan tertua di Malaysia.




Gambar lama Jambatan Viktoria

SEJARAH

Pada 21.3.1900, Jambatan Victoria yang menyambungkan Enggor dan Kuala Kangsar telah dibuka dengan rasminya oleh Sir Frank Swettenham iaitu Residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Perasmian jambatan tersebut turut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri dan orang-orang kenamaan.



Queen Victoria

Jambatan yang mengambil nama Queen Victoria itu dianggap sebagai jambatan yang terbaik dari segi kejuruteraannya yang terdapat di Timur Jauh pada masa itu. 

Jurutera yang bertanggungjawab membina jambatan itu ialah G.W. Fryer, Divisional Engineer dan C.R. Hanson. Jambatanitu telah mula dibina pada 1897, ia merupakan perhubungan antara Ipoh dan Taiping melalui Kuala Kangsar. 

Di samping itu juga ia berperanan penting sebagai penghubung bagi laluan utara ke selatan Semenanjung Tanah Melayu.





Dengan pembukaan rasmi jambatan yang bernilai 325,000 ringgit itu, pada hari ini dalam tahun 1900, keseluruhan kawasan Semenanjung Malaya dari Perai ke Johor Bahru telah dihubungkan dengan perkhidmatan keretapi. 

Pembukaan jambatan ini telah membawa banyak faedah kepada perkembangan ekonomi dan juga membuka laluan bagi pembangunan lebih pesat dan pertumbuhan bandar-bandar timah di Semenanjung Tanah Melayu.

Semasa serangan tentera Jepun di Perak pada tahun 1941,tentera British telah meletupkan jambatan ini untuk melambatkan kemaraan tentera Jepun.

Di sekitar Jambatan Victoria ini,masih terdapat sehingga kini beberapa kubu asal yang dibina oleh tentera British untuk mengawal jambatan ini.



SETEM DAN SAMPUL SURAT HARI PERTAMA

Pada tahun 2008, Pos Malaysia Berhad mengeluarkan siri setem bertemakan Jambatan - jambatan di Malaysia termasuklah Jambatan Viktoria.

Tarikh Keluaran : 28.2.2008
Denominasi : 30 sen, 50 sen (dua rekabentuk), RM1
Saiz Setem : 50mm x 30mm
Tebukan : 14
Kandungan Helaian : 20 setem
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Reign Associates Sdn. Bhd.
Sampul Surat hari Pertama : 30 sen



Setem

Sampul Surat Hari Pertama



LOKASI PENGAMBARAAN

Sebuah jambatan baru mula digunakan pada tahun 2002 bagi menggantikan Jambatan Viktoria. Kini Jambatan Viktoria hanya digunakan oleh penduduk di seberang Sungai Perak untuk ke membeli barangan harian di Pekan Karai. 

Binaan Jambatan Viktoria yang unik telah menggamit ramai pengamal fotografi untuk mengabadikan senibina ini di dalam koleksi mereka. 







Bahkan suteradara terkenal Mamat Khalid telah memilih lokasi ini sebagai latar pengembaraan filem " Zombi Kampung Pisang " pada tahun 2007.




SUMBER


GAMBAR semua dari Google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...